Monday, February 15, 2010

Bakar bayi hingga rentung

Tak faham aku dengan kerajaan malaysia ni. Bukan nak memperbetulkan gejala zina yang berleluasa....tapi nak sediakan banyak-banyak pusat memelihara perempuan yang hamil luar nikah agar mereka tidak membuang anak hasil zina itu. The root of the problem ialah ZINA. Kalau tak de zina maka tak delah buang bayi merata. Kempen Anda Bijak Jauhi Zina patut lah diperluaskan dan tanamkan dan didik remaja jangan berzina. Lelaki-lelaki jahat yang merogol adik ke...kakak ke..sepupu ke atau sesiapa saje yang namanya Perempuan dan hasil rogolan itu ialah kehamilan atau tidak, mesti dikenakan hukuman seberat-beratnya.Zina adalah salah satu daripada 7 dosa-dosa besar tuan-tuan. Keberkatan umur, hidup, rezki dan lain-lain akan Allah tarik dari orang yang berzina semasa hidup lagi .....selagi tidak bertaubat. Mati nanti lagilah azab Allah yang dasyat tak tertanggung oleh manusia.Tapi kesian lah pulak anak-anak perempuan yang dirogol oleh bapa atau keluarga sendiri tiada tempat mengadu....beritahu kat mak...mak tak percaya....atau malu nak buat dakwaan. Mak-mak macam ni seeloknya dicampak je kedalam gaung biar mati mereput...Kepada remaja semua...JANGAN KAMU MENDEKATI ZINA....jangan ada budaya couple-couple....jaga batas-batas pergaulan lelaki perempuan. Bila dah berdua tanpa nikah orang ketiga ialah syaitan.

No comments:

Post a Comment