Monday, December 6, 2010

yesteday....

kemalasan yang ketara. Malas nak masak. Malas nak sidai kain. Tapi masak jugak sebab ahli rumah semua nak makan. The simplest cooking are fish fillet and french fries. And then kukus brocoli and beans. Jadi lah lunch menu for today. Tak teringat lak nak amik gambar. Lain kalilah.
Hari ni solat asar kat masjid negeri. Ramai jemaah sebab pukul 5 ada forum sempena maal hijrah. After solat berebut bag yang diorang distribute. Boleh demand lak tu tak nak pink nak tukar bag warna hijau...ha..ha. After solat gi PA Sentral ke kedai canggih cari uniform sekolah iman. Kat canggih cuma ada kain je. Baju and tudung tak de. Terpaksa gi nagoya cari kain and tempah. Kat nagoya pun tak jumpa kain yang dikehendaki. Drive terus ke tewah textile di tesco hypermart. Beli kain kat situ. Tinggal tempah je lagi.

Sunday, December 5, 2010

sehari suntuk berjalan

semalam...sabtu 11/12/2010 aku, suami, anak ku 2 orang iman and fuad berjalan gi masjid tanah to attend a wedding. Bertolak pukul 10 pagi sampai kul 12.30 tgh rumah orang kahwin tu. Singgah rumah makcik kiah untuk solat jamak qasar zuhr and asar. Kemudian ikut hiway terus ke MAHA , serdang exit tol kajang dari alor gajah. Sampai tapak MAHA dalam pukul 3 ptg, kereta lembab kena que masuk parking. Ni yang buat aku rimas ni. Suami drop kami depan entrance MAHA menapak kami ke dalam tapak pameran. Memang tak best langsung. Balik-balik produk air kopi yang diorang jual. Naik kembung perut taste produk kopi. Buah-buahan pun harga dia sama macam kat pasar meru kelang. Ada tu lebih murah kat pasar kelang lagi. Ada la aku beli gula melaka, keropok lekor untuk aku dan ibu kuah mee bandung (konon nak makan mee bandung Muar tapi dah kenyang makan cchinese muslim mee and dumpling- rm 9.00 you 1 mangkuk) Aku rasa MAHA yang 2 tahun lepas lagi best. Lepas penat berjalan kat tapak MAHA drive pergi balakong rumah ibu. Rumah dah kemas cantik walau baru lepas pindah. Pukul 9 malam terus balik shah alam. Kelaparan anak-anak aku yang tinggal maka kukus nasi baki dalam periuk nasi, masak sambal telur and goreng keropok ganu yang beli kat MAHA. Sedap gak keropok dia rasa ikan. Pukul 12.00 malam wa titon la.

Saturday, December 4, 2010

orang malaysia berduit kot

Tiap-tiap minggu pergi giant hypermart shopping grocery. Hari ni terlebih penat sebab susun atur pasu-pasu and buat gardening sedikit. Stop solat dhuha and then masak untuk lunch. Lepas solat zuhr and makan gi giant pulak dengan suami and anak-anak. Balik solat asar buat minum petang and then telefon drb hicom pulak. Tiada sesiapa yang jawab. I thought drb kerja on saturday. Hurm...Esok ke melaka pulak untuk attend wedding.

Wednesday, December 1, 2010

pelajaran yang tidak diajar disekolah

Semalam....kakak aku memerlukan pertolongan. Tidak cukup duit untuk bayar instalment kereta, insuran kereta and renew roadtax. Aku sebagai adik yang prihatin..kelamkabut pergi keluarkan duit dari ATM and terus bank in duit ke account kakakku. Aku teringat ustazah maznah ada tulis dalam wall facebook dia...syukurilah nikmat memberi yang Allah bagi kepada kita..iaitu nikmat memberi pertolongan bukan yang meminta-minta. Selesai bab bank in duit...anak saudara telefon..duit bank in tak cukup sebab premium insuran tinggi. Hai...puaslah aku dan suami menalipon syarikat insuran MAA yang selama ni kakak aku jadi loyal client nya. Kakak kata tak boleh tukar syarikat insuran lain kena bayar rm 1000 lebih. (Mana aku nak cekau duit). Aku dan suami heran bin ajaib manalah kakak aku boleh dapat info camtu. Puaslah kami menalipon MAA, etiqa, maybank assurance...MAA ni kerabat negeri sembilan punya...dah nak lingkup dah pun. Patutlah dia suroh client amik insuran kereta yang paling rendah pun 32000rm. Kena bayar lebihkurang 700rm lebih lah camtu dengan windscreen insured. Hai mengalahkan kereta mewah bayar premium insuran pada hal wira cabuk je. Last-last setelah talipon sana talipon sini...my husband advise anak saudara untuk buat 3 in 1. Bayar instalment, beli insurance and buat roadtax kat maybank. Selesai citer. Insurance etiqa premium dia 300rm lebih je ikut balance hutang kereta. Roadtax pun boleh buat sekali. Sebab kakak dah autorised them. Anak saudara yang baru belajar buat insuran stress gak...gi sana..gi sini...tapi aku cakap kalau tak buat bila lagi nak belajar. Ni semua cikgu tak ajar kat sekolah.