Friday, November 13, 2009

PSRA Iman dapat mumtaz

hari ni seperti hari-hari biasa. Hantar kakak (anak no.4) gi sekolah kemudian singgah sekolah agama sek.3 Ingat nak ambil keputusan PSRA iman (anak bongsu no. 5) tapi pejabat tak buka lagi lah pulak. Balik rumah dulu buat breakfast.Selepas tu telefon pejabat sekolah agama tanya bila boleh ambil result. Kerani sekolah kata belah petang pukul 2.30.
Pukul 10.20pagi iman telefon suroh ambil dia dari sekolah kebangsaan. Boring tidak buat apa kat sekolah dia kata.Kuiz agama anjuran panitia pendidikan islam sekolah Iman dah selesai pagi tadi. Iman dapat johan. Iman suroh kelentong alasan balik awal sebab sakit perut. Aku sebagai ibu mithalinya yang kesian kan anak pun ikut ajelah. Rupanya sampai-sampai je ka rumah terus masuk toilet. Tak larat nak buang air besar kat sekolah, dia kata. Toilet sekolah harum.......
Selesai masak tengahari (masak nasi goreng udang je ari ni)makan ngan keropok. Pukul 2.00ptg Iman dah siap nak pergi sekolah agama. Awal nya aku kata. Selalu dia liat nak pergi sekolah agama. Aku ni pun terkocoh-kocoh bersiap hendak hantar Iman dengan ambil result PSRA sekali. Alhamdulillah Iman dapat mumtaz PSRA. Iman nak mohon sekolah Maahad Tahfiz Integrasi kat Jugra, Banting. Anakku Iman, ummi berdoa Iman jadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment