Wednesday, November 18, 2009

cerita hari rabu 18hb nov and 19 hb nov


Iman with her class teacher Puna Hajjah Alimah. Thank you teacher for your teaching and guidance.

Iman with her sister Farah Najwa form 4. She seems so happy with her sister upsr result.

My daughter iman and me. Congratulations darling!
semalam pagi pukul 9 pergi kelas tajweed al quran kat surau seksyen 4. Orang lain dah beratus-ratus mukasurat al quran aku baru ms 13. Maklumlah baru mula bulan julai. Orang lain dah bertahun-tahun mengaji. Alhamdulillah dah ada serba sedikit ilmu tajweed. Ustaz betulkan bacaan sedikit-sedikit aje.
Balik rumah masak sambal udang dengan sayur campur and telur dadar. Pukul 2.30 petang gi giant dengan kak ana untuk beli tit bits untuk daurah. Singgah pejabat mpp zon 1 untuk kemas meja dan kerusi. Pukul 5.20petang hantar fuad kerja dan terus ke kota damansara rumah ibu. Iman dapat tiket wayang gsc percuma Astro Boy sebab menang pertandingan ntv7fgw. Sampai rumah ibu solat maghrib, makan and then gi tuju tropicana city mall. Teman bebudak 3 orang tu (Iman, Kakak farah and Mimi)tengok astro boy. Iman diinterview untuk rancangan Nyv7@fgw and then sampai rumah ibu dekat kul 11.30 malam. Telefon hubby tak jadi balik sebab tidur di kota d'sara. Penat sangat....
Hari ni selepas suboh borak-borak dengan ibu kejap sementara tunggu anak-anak breakfast nasi lemak. Selepas tu balik ke shah alam dengan berbekalkan nasi lemak dengan jemput-jemput pisang. Balik tak payah buat breakfast. Hidangkan nasi lemak jelah. Result UPSR iman keluar hari ni so..hantar iman dulu ke sekolah kemudian gi kelas bahasa arab. Datang lewat sedikit kelas ...malunya ngan ustaz..asyik lewat je..
Balik pukul 10.30pagi singgah sekolah iman. Nampak anak ku menangis kegirangan sebab dapat 5A. Alhamdulillah. Syukur moga IMan berjaya didunia dan diakhirat...

No comments:

Post a Comment