Wednesday, November 18, 2009

compilation of what happened this week


Monday aku masak ini. Untuk makan tengahari. Masak lemak cili padi udang campur kacang panjang dengan ikan kembung goring bercili.

Breakfast pula buat bread toast, baked beans and scrambled eggs. Selasa pulak for breakfast buat pizza and cendawan goreng tepung. Pagi -pagi lagi dah gi pasar ngan laki aku kemudian masak lunch masak ikan kembung goring, masak lemak labu campur kacang panjang and sambal belacan. Anak-anak dan suami makan hingga menjilat jari.
Hari rabu akau masak simple je....sambal udang, sayur campur and telur dadar. Pagi rabu breakfast ngan roti canai segera cicah mackerel masak kari.

Saturday, November 14, 2009

Ambil tempahan catering

Hari ni sibuk sikit belah pagi. Bangun suboh terus ke dapur. Menyiapkan tempahan catering minum pagi untuk 20 orang. Teh tarik, mee goreng and kuih koci. Buat breakfast sekali untuk family. Breakfast preparation pun samalah teh tarik, mee goreng and kuih koci tambah ngan yogurt lassi buatan sendiri. Sedap aku buat teh tarik and yogurt lassi. Hubby kata macam yogurt lassi kitorang minum kat istanbul dulu. Makanan kat turki memang best....kebab dia the best giler....

Friday, November 13, 2009

Hari raya 2009



PSRA Iman dapat mumtaz

hari ni seperti hari-hari biasa. Hantar kakak (anak no.4) gi sekolah kemudian singgah sekolah agama sek.3 Ingat nak ambil keputusan PSRA iman (anak bongsu no. 5) tapi pejabat tak buka lagi lah pulak. Balik rumah dulu buat breakfast.Selepas tu telefon pejabat sekolah agama tanya bila boleh ambil result. Kerani sekolah kata belah petang pukul 2.30.
Pukul 10.20pagi iman telefon suroh ambil dia dari sekolah kebangsaan. Boring tidak buat apa kat sekolah dia kata.Kuiz agama anjuran panitia pendidikan islam sekolah Iman dah selesai pagi tadi. Iman dapat johan. Iman suroh kelentong alasan balik awal sebab sakit perut. Aku sebagai ibu mithalinya yang kesian kan anak pun ikut ajelah. Rupanya sampai-sampai je ka rumah terus masuk toilet. Tak larat nak buang air besar kat sekolah, dia kata. Toilet sekolah harum.......
Selesai masak tengahari (masak nasi goreng udang je ari ni)makan ngan keropok. Pukul 2.00ptg Iman dah siap nak pergi sekolah agama. Awal nya aku kata. Selalu dia liat nak pergi sekolah agama. Aku ni pun terkocoh-kocoh bersiap hendak hantar Iman dengan ambil result PSRA sekali. Alhamdulillah Iman dapat mumtaz PSRA. Iman nak mohon sekolah Maahad Tahfiz Integrasi kat Jugra, Banting. Anakku Iman, ummi berdoa Iman jadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Thursday, November 12, 2009

belajar bahasa arab

hari ni seperti biasa 8 to 10 am pergi kelas bahasa arab. Best belajar dengan ustaz shafiee tu. Kupasan ayat-ayat al quran mencuci rohani.Bukan setakat belajar bahasa arab harfi aje....Kurniakanlah aku kefahaman dan ingatan yang baik Ya Allah,Ya Razzaq, Ya Ghani, Ya Hakim, Ya Alim.

Akibat dari harga beras yang mahal

Hari ni terbaca e mail dari seseorang dalam groups. E mail dah lama tersadai dalam inbox tak terbaca. Hari ni terbaca saje nak post kat sini agar jadi pengajaran bagi orang lain dan anak-anak yang terlebih mewah zaman sekarang ni.Copy and paste dari inbox.

Ana heran bila mai isu naik barang baru la minta pandangan Pakar
dulu bila Minyak Naik dan menyebabkan barang lain naik Sebok Tok Najib kata Ubah cara hidup
Masalahnya nak ubah apa, gaji RM1000 memang dah bajet pon

Isu berkaitan beras ni ,ana nak komen la konon Pakar kalau dia merujuk oarang yang ada duit tak pa, termasuk kita ni ana setuju

Tapi untuk kebanyakkan orang yang gaji kecil dan anak ramai macamana ?

Ana ambil pengalaman ana masa IbuBapa ana yang menjaga kami 14 adik beradik bayangkan kalaulah beras mahal apa kami nak makan , harap lauk itupun harap makan ikan tamban tegeliat(orang kedah mesti kenai) dengan ikan temenong yang harga murah , itupun sekor tamban tegeliat kongsi 2 hingga 4 orang sekor terpaksala makan banyak nasi (pasai lebih murah) untuk kenyang
Nak makan ikan jenahak , bawal , jangan harap ayam pon waktu itu dianggap makanan yang mahal
kalau makan sotong pon yang jenis kecik sekali jenis jual dalam pinggan
Kalau pagi tak dak tepong (tepong mahai dari beras), nak buat roti canai atau lempiang maka aruah mak ana masa nasi dengan santan(inipon ada pokok nyioq dekat rumah belah sendiri lepas tu kukoq rasa anak kita pon x pernah tengok kukuq ni) jadikan bubur masuk sikit garam dan gula , ana kadang-kadang adala duit simpanan duit saku aruah ayah bagi masa sekolah simpan beli nasi lemak 10sen rasa x kenyang ambik nasi semalam gaul dengan nasi lemak bagi kenyang
Kami pon x pernah kenai apa dia minum petang

Yang tau pagi nasi(kalau ada lauk yang semalam malan pagi), tengahari nasi malam nasi
Kalaula ikut kata Pakar ni pakai kami kebuloq la, apa lagi kami nak makan kata Pakar tu ganti dengan makanan lain roti ka lagi x makan kami pasi roti pon lebih mahal dari tanak nasi untuk dimakan

Lepas tu Pakar tu kata makan kerap , jenoh la duit pon cukup hanya untuk makan nasi dua kali sehari kalau makan cara kerap bayangkan kos akan bertambah (terutama golongan buruh berapa sangat gaji depa)

Ini semua ni alasan kerajaan UMNO YANG X BERTANGGUNGJAWAB

Ana pon heran pasai apa harga beras naik , padi macamana?
Kalau tanam padi lagi terok harga baja naik , racun naik HARGA PADI?

Lepas tu la ni BERNAS apa dia tolong pada pekilang-pekilang padi Melayu , banyak pekilang padi Melayu gulong tikar pasai BERNAS pentingkan UNTUNG dari kebajikan
Tak macam LPN dulu
Dengar kata 20% saham BERNAS dibagi pada warga asing
Lepas tu diNIAGAKAN diBSKL bayangkan SIAPA yang untung

ISU INILAH YANG PERLU DIKETENGAHKAN KALAU BOLEH HARAP PAKATAN RAKYAT DAPAT MEMPERJUANGKAN

BUKAN ISU REMEH TEMEH CUKUP HANYA MAKAN SEGENGGAM NASI

WALLAHUALLAM
ABU MUJAHID

Wednesday, October 28, 2009

KPI

KPI


Base*


Stretch 1*


Stretch 2*


Remarks

Kualiti bersolat


Asalkan buat & cukup rukun


Terus solat lps azan


Sebelum azan dah ready atas sejadah


“PERINTAHKANLAH keluargamu bersolah dan bersabarlah dlm mengerjakan solah. Kami tidak meminta rezeki drpd kamu bahkan Kami lah yg memberi rezeki kpd kamu. Dan sesungguhnya balasan yg baik bg org yg bertakwa”

-Taha: 132-

Lelaki: Pegi masjid seminggu sekali


- Pegi masjid Maghrib

- Pegi masjid waktu lain yg sempat


- Subuh di masjid tiap hari

- Setiap waktu berjemaah di masjid

- Ahli kpd masjid


Hadis Nabi SAW“BARANGSIAPA mengerjakan solat 40hari dlm jemaah tanpa ketinggalan takbiratul ihram, maka Allah menetapkan baginya 2 kebebasan. Kebebasan dari sifat munafik dan kebebasan dari neraka”

Frequency membaca Quran


Satu hari satu page


-Pagi: Yaseen

-Malam: Yaseen, Al Waqiah, As Sajadah, Al-Mulk

- 1 juzuk sehari


- Buat semua dlm Stretch 1

-Khatam setiap 40hari @ setahun 2 kali




Implementation of sunnah


--


Amal sunnah sedikit-sedikit dan ikhlas


Dari celik mata sampai tidur semula, semua sunnah Nabi buat:

* Doa bangun tidur pakai baju mkn keluar rumah masuk rumah naik/ turun kereta tengok cermin masuk toilet sugi istinjak tidur berdiri duduk masak hampar saprah
* Dakwah Islam kpd kwn2
* Makan tidur mandi ibadah ikut method Nabi



“SESEORG Muslim yg tabah menghidupkan satu Sunnah akan diberi ganjaran pahala seratus org mati syahid oleh Allah”

-Hadis Nabi s.a.w-

Kebijakan selesai masalah


à Minta tolong kawan

à Doa




à Doa,

à Minta tolong kawan


à Solat 2 rakaat mengadu pd Allah

à Usaha

à Solat lagi sekali sebab tak berjaya

à Usaha

à Solat lagi sampai Allah bagi atau redha dgn keputusan Allah




“DAN pohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar dan bersolat”

- Al Baqarah: 45-

Zikir


Lps solat

33 kali Subhanallah

33 kali Alhamdulillah

34 kali Allahuakbar


-Buat base

- Lps Subuh 300 kali

lps Asar 300 kali


- Sentiasa berzikir tak kira duduk baring @ diri

- 100 kali lps solat

- 300 kali lps Subuh 300 kali lps Asar (minimum)


“DAN berzikirlah kpd Allah dgn zikir yg banyak supaya kamu mendapat kemenangan”

-Al Anfal: 45-

“LBFS=leadership behavior feedback system

Ciri2 LBFS 1:

* Taat semua perintah Allah tanpa malas
* Taat semua perintah Nabi tanpa byk soal
* Amal cara hidup para sahabat Nabi s.a.w
* Dakwah kebesaran Allah dan iman kpd kawan2, jiran, keluarga
* Hidup utk mati dan jumpa Allah



Ciri2 Rating 1:

* Serahkan jiwa raga pada Allah
* Senang ingat Allah susah ingat Allah
* Buat amar makruf nahi mungkar
* Ingat mati 24 jam
* Baik hubungan dgn Allah baik hub dgn makhluk
* Disayangi Allah disayangi manusia…



“PPA=Personal Performance Appraisal

REWARDS PPA 1 dan LBFS 1:

* “AKU menyediakan untuk hamba-hambaKu yg soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dlm hati seseorg. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorgpun yg mengetahu apa yg tersembunyi di balik matanya” (HR Bukhari)



Allah pastinya mempunyai kategori penilaian yg lebih byk drpd base, stretch 1 dan stretch 2, sesungguhnya iman setiap manusia itu berbeza tingkatnya dan Allah sajalah yg mengetahui tingkat-tingkat itu. Yg penting, ganjaran amalan bukanlah terletak pada byk mana amalan itu dibuat tetapi sejauh mana ikhlasnya hati….