Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Sometimes we forget to be Thankful to Allah ..

Lama tak update blog. Today semua ahli keluarga ada kat rumah. Cuti maal hijrah ganti hari Ahad. Dah 2 hari tak ke masjid solat suboh. Solat kat rumah aje. Tapi kalau solat suboh di masjid negeri shah alam, aura nya lain. Tambah lagi kalau syeikh karim alfattoni jadi imam. Mendayu-dayu bacaan menyerap ke hati. Breakfast ari ni tose made in restoran khalifah, seksyen 3 shah alam. And apam lenggang untuk iman yang tak suka tose. Nak upload gambar, tapi kena charge battery dolu.

Wednesday, April 27, 2011

Al Fatihah untuk adik

18 mac 2011 - hari jumaat 2.30 pagi, adikku Zulkarnain Hj Yusof (Eddie) pergi menemui penciptanya. Masa tu aku dan suami serta 2 anak perempuan berada di bandung. Tapi aku sempat menjenguk allahyarham di hospital serdang...pada 16 march ..tapi masa itu beliau sudah berada dalam keadaan koma. Jantung bergantung pada mesin. Moga Allah mencucuri rahmat keatas ruh nya. Ibu aku sedih sangat. Walaupun eddie banyak melukakan hati ibu dan kakak ku nonie semasa hidupnya..tapi diakhir-akhir hayat eddie sempat melakukan beberapa kebaikan untuk kakak dan ibu. Dia sempat memohon maaf dari ibu dan kakak ku nonie. Tinggallah kami 3 beradik setelah pemergian eddie. Semasa keluar masuk hospital ibulah yang banyak meneman eddie dan semasa dekat akhir hayatnya, ibu yang dah umur 68 tahun tu yang meneman eddie dalam ambulan. Selepas eddie meninggal ibu hari-hari baca quran hingga khatam untuk sedekahkan pahalanya pada allahyarham eddie. Eddie, mudah-mudahan Allah merahmati mu dan mengampuni segala dosa mu sebab doa dan kasih sayang ibu dan adik beradik mu.

Sunday, December 5, 2010

sehari suntuk berjalan

semalam...sabtu 11/12/2010 aku, suami, anak ku 2 orang iman and fuad berjalan gi masjid tanah to attend a wedding. Bertolak pukul 10 pagi sampai kul 12.30 tgh rumah orang kahwin tu. Singgah rumah makcik kiah untuk solat jamak qasar zuhr and asar. Kemudian ikut hiway terus ke MAHA , serdang exit tol kajang dari alor gajah. Sampai tapak MAHA dalam pukul 3 ptg, kereta lembab kena que masuk parking. Ni yang buat aku rimas ni. Suami drop kami depan entrance MAHA menapak kami ke dalam tapak pameran. Memang tak best langsung. Balik-balik produk air kopi yang diorang jual. Naik kembung perut taste produk kopi. Buah-buahan pun harga dia sama macam kat pasar meru kelang. Ada tu lebih murah kat pasar kelang lagi. Ada la aku beli gula melaka, keropok lekor untuk aku dan ibu kuah mee bandung (konon nak makan mee bandung Muar tapi dah kenyang makan cchinese muslim mee and dumpling- rm 9.00 you 1 mangkuk) Aku rasa MAHA yang 2 tahun lepas lagi best. Lepas penat berjalan kat tapak MAHA drive pergi balakong rumah ibu. Rumah dah kemas cantik walau baru lepas pindah. Pukul 9 malam terus balik shah alam. Kelaparan anak-anak aku yang tinggal maka kukus nasi baki dalam periuk nasi, masak sambal telur and goreng keropok ganu yang beli kat MAHA. Sedap gak keropok dia rasa ikan. Pukul 12.00 malam wa titon la.

Saturday, December 4, 2010

orang malaysia berduit kot

Tiap-tiap minggu pergi giant hypermart shopping grocery. Hari ni terlebih penat sebab susun atur pasu-pasu and buat gardening sedikit. Stop solat dhuha and then masak untuk lunch. Lepas solat zuhr and makan gi giant pulak dengan suami and anak-anak. Balik solat asar buat minum petang and then telefon drb hicom pulak. Tiada sesiapa yang jawab. I thought drb kerja on saturday. Hurm...Esok ke melaka pulak untuk attend wedding.

Wednesday, December 1, 2010

pelajaran yang tidak diajar disekolah

Semalam....kakak aku memerlukan pertolongan. Tidak cukup duit untuk bayar instalment kereta, insuran kereta and renew roadtax. Aku sebagai adik yang prihatin..kelamkabut pergi keluarkan duit dari ATM and terus bank in duit ke account kakakku. Aku teringat ustazah maznah ada tulis dalam wall facebook dia...syukurilah nikmat memberi yang Allah bagi kepada kita..iaitu nikmat memberi pertolongan bukan yang meminta-minta. Selesai bab bank in duit...anak saudara telefon..duit bank in tak cukup sebab premium insuran tinggi. Hai...puaslah aku dan suami menalipon syarikat insuran MAA yang selama ni kakak aku jadi loyal client nya. Kakak kata tak boleh tukar syarikat insuran lain kena bayar rm 1000 lebih. (Mana aku nak cekau duit). Aku dan suami heran bin ajaib manalah kakak aku boleh dapat info camtu. Puaslah kami menalipon MAA, etiqa, maybank assurance...MAA ni kerabat negeri sembilan punya...dah nak lingkup dah pun. Patutlah dia suroh client amik insuran kereta yang paling rendah pun 32000rm. Kena bayar lebihkurang 700rm lebih lah camtu dengan windscreen insured. Hai mengalahkan kereta mewah bayar premium insuran pada hal wira cabuk je. Last-last setelah talipon sana talipon sini...my husband advise anak saudara untuk buat 3 in 1. Bayar instalment, beli insurance and buat roadtax kat maybank. Selesai citer. Insurance etiqa premium dia 300rm lebih je ikut balance hutang kereta. Roadtax pun boleh buat sekali. Sebab kakak dah autorised them. Anak saudara yang baru belajar buat insuran stress gak...gi sana..gi sini...tapi aku cakap kalau tak buat bila lagi nak belajar. Ni semua cikgu tak ajar kat sekolah.

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan oh ramadhan

Lama tak post anything. Ramadhan akak ni banyak pengisian dengan tadarus, solat trawikh, kelas bahasa arab and alhamdulillah dapat juga buat pengisian 1/3 malam. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezki kelapangan masa, sihat tuboh badan dan dikurniakan rahmat dan maghfirah dan terlepas dari azab neraka. Sebenonya banyak citer 2010 ni...semuanya berlaku dalam sekelip mata. Repair rumah...suami dah pencen and kahwinkan putera yang ke2. Apa-apa pun nanti akak post gambar ye!

Tuesday, March 30, 2010

durian belanda mencegah dan mengubati kanser

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
Buah Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidik an luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidik an dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidika n juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumbe rkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".
-SusuDotMy-

Monday, March 22, 2010

repair rumah

Dah lama tak update blog.....awal march sibuk repair rumah sebab putera aku yang ke 2 nak kahwin dah. Majlis nikah pada 2 mei 2010...manakala majlis sambut menantu rumah aku pada 9 mei 2010. Majlis bertunang simple jer....anta cincin belah rotan rm 500 dengan kek dan dibalas oleh pihak perempuan dengan buah and baju sepasang. Alhamdulillah segala-galanya mudah.

Monday, January 11, 2010

Politik UMNO dan Rusuah/Rasuah

Hari ni teringat nak tulis pasal keadaan politik negara lak. Aku nak tergelak bila laki aku kata orang-orang UMNO Selangor ni macam pelesit menghurung kesana sini nak cari tempat nak hisap darah tapi tak dapat. Kes baru yang keluar kat berita utama tv main stream media. Sorang lelaki gemuk dengan muka birat semacam (muka orang-orang rasuah ni memang birat-birat) diinterview oleh wartawan mengenai aduannya kepada MACC (Ni satu lagi badan rasuah yang mengambil tindakan berpilih-pilih) terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Hanya kerana Khalid IBrahim nak duduk dalam committee member Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) orang-orang UMNO ni menuduh beliau mengugut dan menyalah gunakan kuasa. Mestilah MB nak pantau apa projek yang dibuat oleh zaman Khir Toyo dulu.....sebab selalunya orang-orang UMNO ni buat projek tapi sebenarnya adalah lubok duit bagi orang-orang UMNO. Depan je guna nama Yayasan Basmi Kemiskinan tapi keuntungan keuntungan dari projek mereka faraid sesama mereka dulu selepas tu adalah sikit-sikit 2, 3 ribu bagi rakyat miskin. Orang-orang UMNO kaut 80% dulu selepas tu 20% keuntungan yang tinggal barulah untuk rakyat miskin. Dalam masa buat projek tu tender bagi kat the highest contract bidder yang dapat bagi suapan tertinggi kat pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacai pencacai UMNO selangor. Lagi tinggi kau bagi rasuah lagi cerah peluang engkau untuk dapat projek kontractor. Itu sebab orang-orang UMNO berebut-rebut nak jadi pimpinan tertinggi, nak jadi Adun, nak jadi MP sebab dalam masa sepenggal je engkau boleh jadi kaya raya....walaupun engkau tu hanya pembantu pribadi pimpinan UMNO...engkau boleh kaya raya.....kat dunia ajelah...akhirat belum tentu.....

Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Korban

Hari rabu 25hb nov 2009, pergi pasar meru kelang dengan laki aku. Belilah ikan ngan daging dengan bahan-bahan untuk rendang and curry. Okay juga daging kat kelang ni. Daging tempatan baru disembelih baru 19 rm sekilo. Beli tulang sekilo lebih untuk buat sup.
Kemudian beli barang runcit and frozen drummet and frankfurter ayamas. Sampai rumah rasa penat lah pulak. Masak jugaklah untuk lunch anak-anak. Esoknya pula khamis 26 aku pegi pasar sek. 6 pepagi untuk beli ayam. Punyalah ramai orang.Beratur orang nak membeli daging.Alhamdulillah aku dah pegi pasar meru,kelang semalam. Aku tinggal nak beli ayam je lagi. Itupun kat gerai ayam ramai orang. alhamdulillah Allah mudahkan dapat beli sekor ayam dengan kadar cepat. Hari ni seisi rumah berpuasa. Alhamdulillah. Pagi aku rebus nasi impit segera. Selepas tu masak rendang daging, sup tulang and kari ayam. Cadang lepas solat zuhr nak pergi telok gong. Suami aku pergi tabung haji and ambank kemudian amik muhd hanif kat komuter.
Aku dan suami bertolak ke telok gong dalam kul 5.30 petang. Anak-anak balik dengan anak no.2 selepas bebuka puasa dan solat isyak.

Wednesday, November 25, 2009

tazkirah tentang marah

Syaitan cetus sifat marah
Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.
Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

tazkirah petikan dari harian metro

Aku copy and paste rencana ni dari harian metro yang ditulis oleh mohd fadly samsuddin.
Mustahak untuk renungan orang yang bakhil. Termasuk peringatan untuk diri sendiri jangan jadi Haji Bakhil bin Kedekut.

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)

Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.

Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.

Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan.



Monday, November 23, 2009

Kesibukkan duniawi

Hari sabtu, 21 nov.2009 masak macam biasa. Ihsan gi kedah semalam, fuad keje,budak perempuan 2 orang dengan laki aku ada kat umah. So aku masak simple jer....asampedas ikan merah campur dengan kobis sekali. Goreng keropok,,,,so lunch orang-orang kat rumah ni itujelah. Senang cerita....makan juga diorang. Alhamdulillah suami jenis bukan yang fussy sangat pasal makanan. Hari ahad pulak neighbour aku, mak hafriz bagi lauk kuah dal dengan ayam goreng cili. Lagi best tak yah masak....kemas umah jerlah dengan lipat baju yang dah mengunung timbunannya.
Semalam mon. 23 nov 2009 goreng ikan kembung, sambal sotong and sup bayam. Aku puasa...so masak untuk ahli rumah ni jelah. Petang lepas solat zuhr pergi celcom nak register h/p Iman. Tapi sim card tu dah expired lah pulak. Tak pelah Iman...nanti ummi beli yang lain. Lepas gi celcom hantar kasut untuk repair and then gi gedung hari-hari nak menghabiskan voucher yang Iman dapat percuma tu....
Semalam juga hantar tbs@ntv7 sebab nak menang mini notebook samsung. Sampai rumah belum solat asar....tumpang kak ana untuk program iftor. Solat kat pejabat JIM. Bawa kuih lapis tak menjadi untuk iftor.Rupa kuih tu takde tapi sedap....hi..hi. Alhamdulillah banyak makanan iftor, rezki makanan utama sume sedap-sedap belaka. Dengan mihun basahnya, nasi brianinya, meekuning goring...macam-macam lagi.

Wednesday, November 18, 2009

compilation of what happened this week


Monday aku masak ini. Untuk makan tengahari. Masak lemak cili padi udang campur kacang panjang dengan ikan kembung goring bercili.

Breakfast pula buat bread toast, baked beans and scrambled eggs. Selasa pulak for breakfast buat pizza and cendawan goreng tepung. Pagi -pagi lagi dah gi pasar ngan laki aku kemudian masak lunch masak ikan kembung goring, masak lemak labu campur kacang panjang and sambal belacan. Anak-anak dan suami makan hingga menjilat jari.
Hari rabu akau masak simple je....sambal udang, sayur campur and telur dadar. Pagi rabu breakfast ngan roti canai segera cicah mackerel masak kari.

Saturday, November 14, 2009

Ambil tempahan catering

Hari ni sibuk sikit belah pagi. Bangun suboh terus ke dapur. Menyiapkan tempahan catering minum pagi untuk 20 orang. Teh tarik, mee goreng and kuih koci. Buat breakfast sekali untuk family. Breakfast preparation pun samalah teh tarik, mee goreng and kuih koci tambah ngan yogurt lassi buatan sendiri. Sedap aku buat teh tarik and yogurt lassi. Hubby kata macam yogurt lassi kitorang minum kat istanbul dulu. Makanan kat turki memang best....kebab dia the best giler....

Friday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

belajar bahasa arab

hari ni seperti biasa 8 to 10 am pergi kelas bahasa arab. Best belajar dengan ustaz shafiee tu. Kupasan ayat-ayat al quran mencuci rohani.Bukan setakat belajar bahasa arab harfi aje....Kurniakanlah aku kefahaman dan ingatan yang baik Ya Allah,Ya Razzaq, Ya Ghani, Ya Hakim, Ya Alim.

Akibat dari harga beras yang mahal

Hari ni terbaca e mail dari seseorang dalam groups. E mail dah lama tersadai dalam inbox tak terbaca. Hari ni terbaca saje nak post kat sini agar jadi pengajaran bagi orang lain dan anak-anak yang terlebih mewah zaman sekarang ni.Copy and paste dari inbox.

Ana heran bila mai isu naik barang baru la minta pandangan Pakar
dulu bila Minyak Naik dan menyebabkan barang lain naik Sebok Tok Najib kata Ubah cara hidup
Masalahnya nak ubah apa, gaji RM1000 memang dah bajet pon

Isu berkaitan beras ni ,ana nak komen la konon Pakar kalau dia merujuk oarang yang ada duit tak pa, termasuk kita ni ana setuju

Tapi untuk kebanyakkan orang yang gaji kecil dan anak ramai macamana ?

Ana ambil pengalaman ana masa IbuBapa ana yang menjaga kami 14 adik beradik bayangkan kalaulah beras mahal apa kami nak makan , harap lauk itupun harap makan ikan tamban tegeliat(orang kedah mesti kenai) dengan ikan temenong yang harga murah , itupun sekor tamban tegeliat kongsi 2 hingga 4 orang sekor terpaksala makan banyak nasi (pasai lebih murah) untuk kenyang
Nak makan ikan jenahak , bawal , jangan harap ayam pon waktu itu dianggap makanan yang mahal
kalau makan sotong pon yang jenis kecik sekali jenis jual dalam pinggan
Kalau pagi tak dak tepong (tepong mahai dari beras), nak buat roti canai atau lempiang maka aruah mak ana masa nasi dengan santan(inipon ada pokok nyioq dekat rumah belah sendiri lepas tu kukoq rasa anak kita pon x pernah tengok kukuq ni) jadikan bubur masuk sikit garam dan gula , ana kadang-kadang adala duit simpanan duit saku aruah ayah bagi masa sekolah simpan beli nasi lemak 10sen rasa x kenyang ambik nasi semalam gaul dengan nasi lemak bagi kenyang
Kami pon x pernah kenai apa dia minum petang

Yang tau pagi nasi(kalau ada lauk yang semalam malan pagi), tengahari nasi malam nasi
Kalaula ikut kata Pakar ni pakai kami kebuloq la, apa lagi kami nak makan kata Pakar tu ganti dengan makanan lain roti ka lagi x makan kami pasi roti pon lebih mahal dari tanak nasi untuk dimakan

Lepas tu Pakar tu kata makan kerap , jenoh la duit pon cukup hanya untuk makan nasi dua kali sehari kalau makan cara kerap bayangkan kos akan bertambah (terutama golongan buruh berapa sangat gaji depa)

Ini semua ni alasan kerajaan UMNO YANG X BERTANGGUNGJAWAB

Ana pon heran pasai apa harga beras naik , padi macamana?
Kalau tanam padi lagi terok harga baja naik , racun naik HARGA PADI?

Lepas tu la ni BERNAS apa dia tolong pada pekilang-pekilang padi Melayu , banyak pekilang padi Melayu gulong tikar pasai BERNAS pentingkan UNTUNG dari kebajikan
Tak macam LPN dulu
Dengar kata 20% saham BERNAS dibagi pada warga asing
Lepas tu diNIAGAKAN diBSKL bayangkan SIAPA yang untung

ISU INILAH YANG PERLU DIKETENGAHKAN KALAU BOLEH HARAP PAKATAN RAKYAT DAPAT MEMPERJUANGKAN

BUKAN ISU REMEH TEMEH CUKUP HANYA MAKAN SEGENGGAM NASI

WALLAHUALLAM
ABU MUJAHID