Wednesday, April 18, 2012

kelas bahasa arab

Kelas bahasa arab yang aku attend telah 4 bulan tak aku hadiri sebab tolong ibu dan kakak mengoperasi kantin sekolah KAFA tarbiatul aulad sek 18 shah alam. Sejak 4 januari 2012, itulah yang dibuat....tolong di kantin. Without payment mind you. Tak pe moga Allah rahmati kehidupan dunia dan akhirat ku sebab tolong adik beradik dan ibu.

Tapi usrah tetap bejalan seperti biasa. Program-program tetap aku attend.

Sunday, December 25, 2011

resepi pickles

Tengok resepi ni di martha stewart show di ntv7 kul 11 pg tadi. Yang membuatnya seorang model dari russia.

Bahan-bahan:

segala jenis sayuran atau buah yang hendak dijadikan jeruk. Contoh timun, kobis,tomato dll.
2 sudu besar garam.
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
2 cawan air panas mendidih
3 ulas bawang putih
1 tangkai dill (apa ke mende lah dill ni) tapi tengok macam bunga sayur sawi

Cara membuat:
Masukkan sayuran yang hendak dijeruk kedalam balang kaca hingga padat
Masukkan cuka kedalam balang
letak bawang putih dan dill atas sayuran yang hendak dijeruk
masukkan air panas mendidih yang telah dimasak bersama garam dan gula
air panas 6 cawan dimasukkan sampai menutupi bahan jeruk.
tutup balang dengan rapat kemudian terbalikkan and after that balut balang dengan kain.
Dah sejuk simpan dalam peti ais dan jeruk tahan selama 6 bulan jika disimpan dalam peti ais.

Sengaja tulis this recipe in my blog so that I can refer this when the kerajinan nak membuat datang.

Sunday, November 27, 2011

Sometimes we forget to be Thankful to Allah ..

Lama tak update blog. Today semua ahli keluarga ada kat rumah. Cuti maal hijrah ganti hari Ahad. Dah 2 hari tak ke masjid solat suboh. Solat kat rumah aje. Tapi kalau solat suboh di masjid negeri shah alam, aura nya lain. Tambah lagi kalau syeikh karim alfattoni jadi imam. Mendayu-dayu bacaan menyerap ke hati. Breakfast ari ni tose made in restoran khalifah, seksyen 3 shah alam. And apam lenggang untuk iman yang tak suka tose. Nak upload gambar, tapi kena charge battery dolu.

Wednesday, April 27, 2011

Al Fatihah untuk adik

18 mac 2011 - hari jumaat 2.30 pagi, adikku Zulkarnain Hj Yusof (Eddie) pergi menemui penciptanya. Masa tu aku dan suami serta 2 anak perempuan berada di bandung. Tapi aku sempat menjenguk allahyarham di hospital serdang...pada 16 march ..tapi masa itu beliau sudah berada dalam keadaan koma. Jantung bergantung pada mesin. Moga Allah mencucuri rahmat keatas ruh nya. Ibu aku sedih sangat. Walaupun eddie banyak melukakan hati ibu dan kakak ku nonie semasa hidupnya..tapi diakhir-akhir hayat eddie sempat melakukan beberapa kebaikan untuk kakak dan ibu. Dia sempat memohon maaf dari ibu dan kakak ku nonie. Tinggallah kami 3 beradik setelah pemergian eddie. Semasa keluar masuk hospital ibulah yang banyak meneman eddie dan semasa dekat akhir hayatnya, ibu yang dah umur 68 tahun tu yang meneman eddie dalam ambulan. Selepas eddie meninggal ibu hari-hari baca quran hingga khatam untuk sedekahkan pahalanya pada allahyarham eddie. Eddie, mudah-mudahan Allah merahmati mu dan mengampuni segala dosa mu sebab doa dan kasih sayang ibu dan adik beradik mu.

Monday, December 6, 2010

yesteday....

kemalasan yang ketara. Malas nak masak. Malas nak sidai kain. Tapi masak jugak sebab ahli rumah semua nak makan. The simplest cooking are fish fillet and french fries. And then kukus brocoli and beans. Jadi lah lunch menu for today. Tak teringat lak nak amik gambar. Lain kalilah.
Hari ni solat asar kat masjid negeri. Ramai jemaah sebab pukul 5 ada forum sempena maal hijrah. After solat berebut bag yang diorang distribute. Boleh demand lak tu tak nak pink nak tukar bag warna hijau...ha..ha. After solat gi PA Sentral ke kedai canggih cari uniform sekolah iman. Kat canggih cuma ada kain je. Baju and tudung tak de. Terpaksa gi nagoya cari kain and tempah. Kat nagoya pun tak jumpa kain yang dikehendaki. Drive terus ke tewah textile di tesco hypermart. Beli kain kat situ. Tinggal tempah je lagi.

Sunday, December 5, 2010

sehari suntuk berjalan

semalam...sabtu 11/12/2010 aku, suami, anak ku 2 orang iman and fuad berjalan gi masjid tanah to attend a wedding. Bertolak pukul 10 pagi sampai kul 12.30 tgh rumah orang kahwin tu. Singgah rumah makcik kiah untuk solat jamak qasar zuhr and asar. Kemudian ikut hiway terus ke MAHA , serdang exit tol kajang dari alor gajah. Sampai tapak MAHA dalam pukul 3 ptg, kereta lembab kena que masuk parking. Ni yang buat aku rimas ni. Suami drop kami depan entrance MAHA menapak kami ke dalam tapak pameran. Memang tak best langsung. Balik-balik produk air kopi yang diorang jual. Naik kembung perut taste produk kopi. Buah-buahan pun harga dia sama macam kat pasar meru kelang. Ada tu lebih murah kat pasar kelang lagi. Ada la aku beli gula melaka, keropok lekor untuk aku dan ibu kuah mee bandung (konon nak makan mee bandung Muar tapi dah kenyang makan cchinese muslim mee and dumpling- rm 9.00 you 1 mangkuk) Aku rasa MAHA yang 2 tahun lepas lagi best. Lepas penat berjalan kat tapak MAHA drive pergi balakong rumah ibu. Rumah dah kemas cantik walau baru lepas pindah. Pukul 9 malam terus balik shah alam. Kelaparan anak-anak aku yang tinggal maka kukus nasi baki dalam periuk nasi, masak sambal telur and goreng keropok ganu yang beli kat MAHA. Sedap gak keropok dia rasa ikan. Pukul 12.00 malam wa titon la.

Saturday, December 4, 2010

orang malaysia berduit kot

Tiap-tiap minggu pergi giant hypermart shopping grocery. Hari ni terlebih penat sebab susun atur pasu-pasu and buat gardening sedikit. Stop solat dhuha and then masak untuk lunch. Lepas solat zuhr and makan gi giant pulak dengan suami and anak-anak. Balik solat asar buat minum petang and then telefon drb hicom pulak. Tiada sesiapa yang jawab. I thought drb kerja on saturday. Hurm...Esok ke melaka pulak untuk attend wedding.